11 Ibu Tunggal penerima bantuan diraikan di SRITI At-Taqwa Lumut
1 min readMANJUNG- Seramai 11 ibu tunggal menerima bantuan di dalam program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Manjung, Majlis Perbandaran Manjung dan SRITI At Taqwa pagi semalam.
Penyampaian saguhati berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian turut disumbangkan menerusi Program Hulurkan Tangan, Ringankan Beban yang telah berlangsung di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) At Taqwa.
Iniasiatif ‘Gerobok Asnaf’ juga diwujudkan di mana pelbagai barangan keperluan asas disediakan untuk ibu tunggal dan keluarga yang terputus bekalan makanan.
Program ini bertujuan menyatukan dan memperkasakan jati diri golongan ibu tunggal agar segala permasalahan dan kebajikan mereka dapat dibantu di dalam membina kehidupan yang lebih cemerlang dan berkualiti.
Komuniti digesa untuk berperanan lebih aktif bagi membantu kebajikan ibu tunggal bagi memastikan semua ahli keluarga ibu tunggal mendapat pendidikan asas yang sempurna disamping menggalakkan ibu tunggal berdikari dan dapat meningkat sosio ekonomi keluarga.
5