Berita

14 cedera bas terbalik berhampiran Terowong Menora

1 min read

Bomba mengeluarkan mangsa dari bas ekspres selepas terbalik berhampiran Terowong Menora. Foto : Bernama

IPOH: Sebuah bas ekspres terbabas sebelum terbalik ketika menuruni kawasan berbukit tidak jauh selepas keluar dari Terowong Menora di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan awal pagi tadi.

Kejadian tersebut membabitkan empat belas individu termasuk pemandu bas cedera. Mangsa 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 14 hingga 59 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata bas ekspres berkenaan terbabas sendiri di bahu jalan ketika dalam perjalanan dari Kulim menghala Kuala Lumpur, tanpa pembabitan kenderaan lain.

Panggilan kecemasan diterima jam 2.22 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dengan bantuan BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya lagi “Bomba mengeluarkan kesemua mangsa daripada bas berkenaan termasuk menggunakan katil pengusung dan memberi rawatan awal sebelum menyerahkan mereka kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.”

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi menyelamat berakhir jam 4.39 pagi.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.