Berita

448 entiti, laman web dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan BNM

1 min read

KUALA LUMPUR: Sebanyak 448 entiti dan laman web diletakkan dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan (FCA), Bank Negara Malaysia (BNM).

FCA adalah panduan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai entiti atau skim yang disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

Ia dikemas kini berdasarkan maklumat diterima BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian sewajarnya ke atas entiti dan skim yang dilaporkan.

Menerusi portal BNM, semua 448 entiti itu diletakkan dalam senarai berjaga-jaga oleh bank pusat berkenaan.

Senarai terbaru dikemaskini pada 18 September lalu dengan sekurang-kurang 11 entiti tersenarai pada tahun ini.

Sebelas entiti terbabit adalah Amal Trust, Emam Copytrade, Fincorp, tiga jenis pelaburan membabitkan I-Rakyat Trade, Lindale Ventures, Mesra Capital Group, Mtrade Investment Scheme, Mtrade Royal Investment Scheme dan World Trade Center Investment Ltd.

“Jika selepas itu, nama entiti atau skim terbabit tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA, hal ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa ia sudah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.

“Sama seperti mana-mana pelaburan kewangan, pengguna dinasihatkan supaya melakukan usaha wajar apabila membuat pelaburan dengan mana-mana entiti atau skim kewangan,” kata BNM menerusi portal berkenaan.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/738324/448-entiti-laman-web-dalam-senarai-amaran-pengguna-kewangan-bnm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.