Berita

COVID 19 – Perak tutup Tadika Islam dan 28 Sekolah Rendah Agama (SAR)

2 min read
[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text”]

IPOH – Mulai 14 hingga 25 Oktober, sebanyak 28 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) Islam ditutup ekoran penularan wabak Covid 19.

Penutupan itu melibatkan 21 SAR dan tujuh tadika Islam di beberapa daerah antaranya Kinta, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kerian serta Hulu Perak.

Mohd Akmal Kamarudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri berkata, tadika Islam yang ditutup adalah TIP Al-Hidayah, Batu Kurau, TIP Al-Hashimiah, Taiping, TIP An Nasriah, Sitiawan,TIP Al-Amin, Pengkalan Hulu, TIP Al-Hidayah, Parit Buntar, TIP As-Syakirin, Parit Buntar dan TIP Nurul Wardah, Kuala Kurau.

Menurut beliau lagi, antara SAR yang ditutup operasi pengajaran dan pembelajaran iaitu Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Kampung Tersusun Batu 7, SRAR Ittifaqiah, SRAR Al-Khairiah, SRAR Al-Aliah masing-masing di daerah Manjung dan SRAR Annasriah, di Lekir, manakala di Seri Manjung pula membabitkan SAR Arshadiah dan SRAR Abadiah.

“Penutupan itu turut membabitkan SRAR di daerah Larut, Matang dan Selama iaitu Madrasah Al Khairiyyah Islamiah dan SRAR Darul Ehsan, manakala di Kerian membabitkan SRAR Al-Ehya’ Addiniah, SRAR Al Hidayatul Islamiah, SRAR Nor Hidayah, SRAR Al-Irsyadiah dan SRAR Khairiah Islamiah, SRAR Fadilah Islamiah, SRAR Al-Tahzib, SRAR An Najihin, SRAR Al Hidayah dan SRAR Al Faizin,” katanya.

Manakala di Kinta pula melibatkan SAR Al-Taufiqiah dan di Chemor, SRAR Ar-Raudhatul Ulum.

Selain itu, Mohd Akmal turut berkata, “Setiap sekolah sudah menerima RM2,500 bagi menjalankan pembersihan dan disinfeksi. Bagi sekolah yang ditutup, ada yang sudah selesai menjalankan aktiviti pembersihan dan ada juga yang masih dalam proses,” katanya.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah memperuntukkan sebanyak RM2.2 juta kepada semua sekolah agama yang berdaftar untuk kos pembersihan dan disinfeksi serta peralatan kesihatan yang diperlukan menggunakan peruntukan yang sudah diberikan mengikut keperluan sekolah – BERNAMA

[/et_pb_text][/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.