Berita

Hishammuddin bendahari Barisan Nasional baharu

1 min read

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Tengku Adnan pula akan menjalankan tugas sebagai Bendahari UMNO.

“Selaku Pengerusi BN, selepas berunding dengan presiden parti dalam komponen BN, saya ingin mengumumkan suatu rombakan kecil dalam kepemimpinan BN.

“Rombakan kecil dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, BN merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa serta peranan beliau selaku Bendahari Agung BN.

“Tahniah diucapkan keapda Hishammuddin. Diharapkan beliau dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanah dengan sebaiknya,” katanya.

Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong adalah Menteri Luar dalam Kabinet Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau sebelum ini adalah Naib Presiden UMNO namun mengambil keputusan tidak bertanding pada pemilihan parti itu pada 2018.

Perubahan itu dibuat dipercayai ada kaitan langkah UMNO menyusun semula barisan kepemimpinannya menjelang pemilihan parti itu pada tahun depan.

sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.