LPHP,MIMBAR NUSANTARA, MYDIN Menyumbang kelengkapan sekolah 14 pelajar tercicir pelajaran
1 min readIPOH: Disebabkan ketiadaan kelengkapan sekolah yang mencukupi, 14 pelajar di rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kepayang di sini tidak pergi ke sekolah.
Ia susulan laporan kaji selidik dibuat oleh Unit Penyelasaran Pembangunan (ICU) Negeri Perak berkaitan status Kemiskinan Negeri Perak dan Tinjauan Kesejahteraan Hidup Kanak-kanak Miskin Bandar Di Rumah Pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Kepayang Negeri Perak.
Lanjutan dari itu, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengenalpasti 14 pelajar berkenaan.
Bagi membantu mereka, LPHP dengan kerjasama sebuah syarikat swasta Mimbar Nusantara Group dan pusat membeli belah Mydin memberi sumbangan kelengkapan sekolah yang diperlukan.
Menurut kenyataan LPHP, kesemua pelajar itu dibawa membeli belah di Mydin, Meru di sini, semalam.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Yuhanas Auree Kamaruddin dan Pengarah Urusan Mimbar Nusantara Nazrin Cheong Abdullah.
LPHP mengucapkan terima kasih kepada Mimbar Nusantara dan Mydin kerana bersama-sama memberikan sumbangan di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah untuk menyediakan keperluan sekolah terutamanya yang mempunyai anak bersekolah yang ramai,” katanya.
Selepas selesai membeli belah, pihak Mimbar Nusantara membawa para pelajar dan keluarga merek bersama-sama pihak LPHP menjamu selera di restoran Marrybrown di Mydin.-Suara Perak