Berita

KDN siasat ketulenan dakwaan rakaman audio Zahid, Anwar

1 min read

KDN akan menyiasat laporang yang diterima oleh kementeriannya" Datuk Seri Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat ketulenan rakaman audio dan butiran perbualan yang didakwa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KDN akan menyiasat semua laporan yang telah diterima oleh kementeriannya.

“Sudah tentu kita (KDN) akan menyiasat semua laporan yang telah diberikan kepada kita. Pertama sekali kita siasat tentang ketulenan dan apakah ada perbuatan itu? Kalau tiada perbualan itu maka bermakna cerita yang dibuat itu adalah fitnah.

“Jadi ada dua perkara di sini pertama, perbualan dan adakah ia tulen, kedua apa yang ada dalam perbualan itu. Betul atau tidak?” katanya pada sidang akhbar selepas hadir melancarkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe), di sini pada Khamis.

Hamzah berkata, beliau juga ada mendengar perbualan rakaman audio dan turut meneliti perbualan berkenaan.

Pada Rabu, Ahmad Zahid menafikan perbualannya dengan Anwar seperti dalam rakaman audio yang tersebar, dan menyatakan pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

Sumber : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.