Berita

SPRM mahu ‘peristiwa hitam’ tahun 2016 jadi iktibar

1 min read

Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Foto : Ihsan Johor Kini

SHAH ALAM – ‘Peristiwa hitam’ yang melanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2016 perlu dijadikan iktibar kepada semua pihak.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil, SPRM sebelum ini telah pun meminta untuk mewujudkan satu suruhanjaya khas bagi pengambilan kakitangan sendiri dan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik di bawah peruntukan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan di Parlimen.

“Ini untuk bagi mengelak berlakunya tragedi seperti pada tahun 2016, apabila bekas Ketua Suruhanjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Datuk Seri Shukri Abdull yang dipendekkan tempoh perkhidmatan mereka.

“Kita nak isu ini melibatkan pindaan perlembagaan dalam melantik ketua Suruhanjaya dibawah undang-undang agar tidak mengambil sekutu sepertimana mudah berlaku dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan badan kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran #RasuahBusters bersama Allianz Malaysia dan berbuka puasa pada Isnin

Sumber ; Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.