Kita tidak boleh letih sebab Covid-19 pun tidak letih’- KPN
1 min readKUALA LUMPUR : “Kita tidak boleh letih kerana virus Covid-19 pun tidak letih. Apa yang dilakukan kami bukan sahaja untuk masyarakat tetapi juga untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat dalam menjamin keselamatan kesihatan mereka.” ujar Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tahap mental pegawai dan anggota polis yang bertugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.
Menegaskan lebih lanjut, beliau berkata sentimen sebegitu (letih) perlu dibuang jauh-jauh.
Justeru kata beliau lagi, sekiranya polis rasa letih, ia bermakna pasukan tersebut telah tewas (melawan Covid-19).
“Kita perlu sama-sama bantu sistem kesihatan negara supaya masih mampu untuk terus beroperasi.
“Kami akan terus memberi perkhidmatan kerana tiada istilah letih dalam melaksanakan tugasan ini,” jelasnya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Dalam pada itu Acryl Sani berkata, tumpuan pematuhan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di luar bandar giat dilakukan memandangkan kadar pematuhan penguatkuasaan SOP di kawasan berkenaan masih rendah.
Menurut beliau , perkara itu berlaku kerana sikap ambil mudah terhadap ancaman wabak Covid-19.
“Berdasarkan maklumat diperoleh kami mendapati kadar pematuhan di kawasan luar bandar rendah mungkin kerana sikap penduduk di lokasi terbabit yang tidak memandang serius ancaman wabak Covid-19.
“Justeru itu, kita meminta bantuan daripada Jabatan Penerangan untuk memberi hebahan kepada penduduk sempat di kawasan luar bandar selain hebahan dibuat oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB),” katanya.-
Sumber : UTUSAN ONLINE