Berita

3.5 juta sudah terima vaksin, 12.7 juta mendaftar

1 min read

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3.5 juta penduduk di Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas sudah menerima dos vaksin masing-masing sehingga semalam.

Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Twitter, daripada keseluruhan 3,574,376 jumlah itu, 2,444,075 sudah menerima dos vaksin pertama manakala baki 1,130,301 selesai dos kedua.

Pada Ahad sahaja, sehingga jam 11.59 malam, seramai 81,183 sudah selesai pemberian vaksin membabitkan 79,620 (dos kedua) dan 1,563 (dos ketiga).

Bagi keseluruhan kira-kira 3.5 juta penerima vaksin itu, 498,697 daripadanya adalah dari Selangor; Kuala Lumpur (508,358); Perlis (57,325); Kedah (235,093); Pulau Pinang (186,403).

Perak (306,058); Putrajaya (39,178);

Negeri Sembilan (145,043), Melaka (98,567); Kelantan (178,008); Terengganu (139,779); Pahang (204,628); Johor (324,746); Sabah (270,264); Labuan (28,463) dan Sarawak (353,766).

- Majlis Keselamatan Negara
– Majlis Keselamatan Negara

Sementara itu, pendaftaran bagi vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga semalam ialah kira-kira 12.7 juta.

Keseluruhan jumlah 12,708,357 itu mewakili 52.40 peratus daripada lebih 24 juta populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi iaitu 3,357,323 diikuti Johor (1,573,401) Sarawak (1,251,961) dan Kuala Lumpur (1,047,572).

PICK bermula pada 24 Februari lalu apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19. -BHonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.