Helikopter Fennec TLDM mendarat cemas di Lumut
1 min read
KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis AS555 SN Fennec terlibat dalam kemalangan di Pangkalan TLDM Lumut pada Isnin.Menurut Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 12 tengah hari tadi.”Insiden ini tidak melibatkan sebarang kecederaan ke atas orang awam dan lokasi insiden adalah terkawal,” jelas kenyataan itu.
“Kesemua kru berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut.
Sebuah jawatankuasa siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian, memetik kenyataan itu lagi.
Ia merupakan insiden pertama melibatkan pesawat TLDM sepanjang 30 tahun penubuhan Skuadron Udara KD Rajawali yang berpangkalan di Lumut.Untuk rekod, TLDM turut mengoperasikan enam buah helikopter jenis AS 55 SN Fennec dan enam lagi helikopter tempur jenis Super Lynx dikendalikan TLDM. – AWANI