Berita

Ahli Parlimen Gerik meninggal dunia

1 min read

IPOH: Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Raub, Pahang petang tadi kerana sakit jantung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Salbiah Mohamed ketika dihubungi BERNAMA, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata Hasbullah, 63, disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Raub, Pahang.

Allahyarham yang dilantik sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 11 Mei lalu, menyandang kerusi Parlimen Gerik sejak 2004, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor selama dua penggal antara 2004 hingga 2013.

Dalam PRU lalu, Allahyarham mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Gerik selepas menang dengan majoriti 5,528 dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon PAS, Mohd Dahalan Ismail dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Ibrahim Mohd Hanafiah – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.