Berita

Covid-19 : Vaksinasi hanya pada waktu siang sepanjang Ramadan ini

1 min read

Dr. Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan. Foto : Ihsan Kementerian Kesihatan Malaysia

Bagan Serai: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang melaksanakan program vaksinasi pada waktu malam sepanjang Ramadan ini kerana ianya akan mengganggu waktu ibadat umat Islam.

Menurutnya jika program vaksinasi ini dibuat pada waktu malam sepanjang Ramadan, pasti ramai yang tak datang khususnya yang beragama Islam kerana waktu inilah umat Islam hendak menunaikan solat tarawih dan berehat selepas berpuasa di siang hari.

“Bagaimanapun, program vaksinasi ini tetap diteruskan seperti biasa sehingga waktu petang sepanjang Ramadan ini” katanya lagi.

“Bagi umat Islam yang sudah mendaftar untuk penerimaan suntikan vaksin ini, mereka boleh memilih waktu sesuai sepanjang Ramadan seperti yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Malaysia Prihatin dan Sumbangan Ehya Ramadan di Dewan Komuniti Bagan Serai, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga memutuskan pelaksanaan program vaksinasi fasa kedua dijadualkan akan dimulakan pada 19 April ini.

“Bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, kerajaan melalui program outreach akan menghantar petugas perubatan untuk memberi suntikan vaksin jenis CanSino iaitu vaksin satu suntikan sahaja seperti yang diberikan kepada penduduk Bario di Sarawak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.