Gotong-royong membaiki jeti nelayan
1 min readTELUK MUROH, 14 November – “Sepakat membawa berkat”, itulah peribahasa sesuai menggambarkan kesepakatan nelayan-nelayan Lumut demi memastikan keselamatan nelayan lain yang menggunakan jeti mereka.
Menurut pemilik media sosial yang dikenali sebagai ArifinTajul, ia kali kedua kerja-kerja membaikpulih jeti tersebut dilakukan.
Aktiviti gotong-royong membaiki jeti itu disulami dengan kutipan dana oleh nelayan-nelayan tempatan bagi kemudahan pengguna jeti.
Pihak Manjungfm merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada nelayan-nelayan yang mengambil bahagian dalam gotong-royong membaiki jeti tersebut dan mengharapkan lebih banyak lagi program gotong-royong seumpamanya diadakan.