Jakarta rugi 65 bilion rupiah
1 min readJAKARTA: Kerugian yang ditanggung pihak berkuasa Jakarta akibat tunjuk perasaan menolak Undang-undang Cipta Kerja di sini mencecah 65 bilion rupiah (RM18.2 juta).
CNN Indonesia melaporkan, kerugian itu merangkumi kerosakan kemudahan awam dan pengangkutan.
Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, lebih 1,000 ditahan selepas melakukan rusuhan ganas penolakan terhadap undang-undang berkenaan.
sumber : https://www.utusan.com.my/berita/2020/10/jakarta-rugi-65-bilion-rupiah/