Berita

JMNP siasat madrasah letak replika capal pada mihrab surau

1 min read

JMNP menyiasat sebuah madrasah yang menempatkan replika capal nabi di mihrab surau. Foto : Ihsan FB

Ipoh: Tular sejak kelmarin, madrasah sebuah pengajian di negeri ini menempatkan replika papan kayu berbentuk capal (kasut) di hadapan mihrab atau sudut bahagian imam dalam surau.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, beberapa kakitangan daripada jabatannya akan dihantar ke madrasah yang dipercayai terletak di Lenggong, hari ini untuk menyiasat kejadian terbabit.

Menurut Zamri ketika dihubungi “saya ingin pastikan sama ada lambang itu masih ada di sekolah (madrasah) berkenaan atau sebaliknya, selain mengenal pasti apa tujuan ia diletakkan di situ.”

“Kita semua mencintai Nabi, apa yang berkaitan dengan Nabi kita sayang dan hormat. Namun ini bukan caranya. Jika (simbol, logo capal) sekadar diletakkan di dinding rumah, kopiah (masih) boleh diterima. Namun meletakkannya di tempat solat bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan.

“Mencintai Nabi mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Sebarkan kasih dan sayang kepada Nabi melalui pembacaan sirah Nabi, perjuangan baginda dan kesusahan yang baginda tempuhi. Sebarkan hadith-hadith baginda (Nabi) agar ianya boleh diiikuti,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut memberi reaksi melalui ciapan di laman twitter rasminya selepas hantaran berkenaan tular dengan menyifatkan tindakan madrasah terbabit sebagai suatu kesalahan dalam menzahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Sumber : Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.