Kebakaran di Fasa 2F Seri Manjung
1 min readManjung, 2 Julai 2021 – Satu kebakaran telah berlaku di Taman Fasa 2F Seri Manjung kira-kira jam 9.10 malam semalam.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Seri Manjung tiba di tempat kejadian dan berjaya memadamkan api dalam masa 30 minit.
Bahagian bumbung rumah tidak dapat diselamatkan dan telah musnah dimakan api.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor bergegas ke lokasi kejadian untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa.
Turut bersama beliau ialah wakil JKM, pegawai paramedik Hospital Seri Manjung dan wakil Ahli Parlimen Lumut Dato Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan mangsa kebakaran ditempatkan di penempatan sementara di Fasa 2D buat sementara waktu. – Manjungfm
Kredit : Facebook Yahaya Mat Noor