Berita

Kemunculan Dr Noor Hisham dalam BoBoiboi

2 min read
[et_pb_section fb_built=”1″ admin_label=”section” _builder_version=”3.22″][et_pb_row admin_label=”row” _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text admin_label=”Text” _builder_version=”3.27.4″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”]

KUALA LUMPUR: Setiap individu boleh menjadi wira melawan COVID-19 hanya dengan mengamalkan pembudayaan norma baharu yang dikenali sebagai CAPP, kata ‘adiwira baharu’ siri animasi popular tempatan, BoBoiBoy, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Namun jangan khuatir, Ketua Pengarah Kesihatan itu bukannya beralih kerjaya, sebaliknya muncul sebagai figura animasi 3D dalam video pesanan khidmat masyarakat bertajuk “CAPP: Kuasa untuk Lawan COVID-19”, inisiatif syarikat harta intelek dan watak, Monsta bersama Kementerian Kesihatan (KKM).

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Noor Hisham kelihatan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum menjadikannya sebagai ‘perisai’ melawan virus COVID-19 bagi melindungi watak-watak dalam animasi berkenaan seperti BoBoiBoy dan rakan-rakannya.

“Kamu tak perlukan kuasa untuk mengalahkan virus COVID-19, kamu hanya perlukan CAPP. Dengan CAPP anda pun boleh menjadi wira,” kata Dr Noor Hisham dalam video itu.

CAPP adalah pendekatan pembudayaan norma baharu yang menyasarkan individu, keluarga dan komuniti dalam mencegah penularan COVID-19 iaitu mencegah dan mendidik dari awal, mengamalkan norma baharu, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memantau status kesihatan.

Ia bertujuan melindungi daerah hijau kekal bebas dari COVID-19 dan pada masa sama menukarkan daerah kuning kepada hijau dalam tempoh 14 hari.

Video itu kini tular di pelbagai laman media sosial dengan lebih 150,000 jumlah tontonan di akaun rasmi YouTube, Facebook dan Instagram BoBoiBoy dalam tempoh 24 jam.

Video itu juga diulang kicau hampir 30,000 kali melalui Twitter BoBoiBoy, KKM, selain turut mendapat pujian berikutan kreativiti dan mesej yang ingin disampaikan.

Sementara itu, Monsta dalam kenyataan memaklumkan pesanan khidmat masyarakat itu bertujuan mendidik seluruh rakyat meningkatkan rasa tanggungjawab dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Selain BoBoiBoy, syarikat Monsta yang juga menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna turut dikenali dengan francais animasi popular seperti “Papa Pipi”, siri pelancongan “Fly With Yaya”dan siri animasi akan datang iaitu “Mechamato”. – BERNAMA

 

 

 

 

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.