Lelaki ditahan memiliki dadah
1 min readMANJUNG, 2 Julai 2021 – Sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah berjaya menahan seorang individu Melayu yang berumur (38) tahun kerana memiliki dadah di sekitar kawasan Beruas, Perak petang semalam.
Pemeriksaan pihak Polis telah menjumpai (1) peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 17.70 gram di dalam poket seluar yang dipakai oleh saspek dengan jumlah nilai rampasan RM 619.50. Semakan juga turut mendapati saspek mempunyai (12) kes rekod lampau berkenaan dengan dadah.
Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut. Hasil ujian air kencing ke atas saspek turut mendapati positif dadah jenis Morphine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
sumber : facebook Polis Daerah Manjung