Berita

Moratorium automatik selama tiga bulan

1 min read

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas diberi pilihan mendapat moratarium automatik selama tiga bulan.

Kata beliau, golongan itu turut diberi pilihan pengurangan pembayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan dengan insiatif bernilai RM30 bilion yang dijangka dapat dimanfaatkan kepada semua peminjam.

“Industri perbankan akan memberi maklumat terperinci berhubung perkara ini esok,” katanya pada perutusan khas Bantuan PKP 3.0 yang disiarkan secara langsung sebentar tadi

Sumber : K!ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.