Berita

Polis Manjung serbu kilang dalam Op Patuh

1 min read

MANJUNG, 2 Julai 2021 – Satu operasi besar-besaran dilakukan sepasukan polis IPD Daerah Manjung bersama jabatan penguatkuasa hari ini menyerbu kilang-kilang yang masih beroperasi dan gagal mematuhi garis panduan SOP (Standard Of Procedure) yang ditetapkan.

Operasi yang diberi nama OP PATUH ini disiar secara langsung dari facebook milik Polis Daerah Manjung dengan mendapat pelbagai reaksi dari masyarakat.

Seorang pengguna media sosial, Afif Nur Asyraf menyokong tindakan pihak polis melakukan serbuan ini kerana kluster terbanyak berpunca dari kilang-kilang.

Berbeza dengan Afif, pemilik akaun Eric Low berpandangan kerajaan kini lebih cenderung mengeluarkan saman dan mengutip denda dari membiarkan industri membuat pengeluaran dan membawa keuntungan kepada negara.

“Saman tetap saman. Jangan sampai makan rasuah. Kilang tak berkepentingan time MCO ni sila tutup lah.” Syaiful Hazari Hamdan.

Siaran langsung berdurasi lebih 5 minit itu mendapat 800 perkongsian dan lebih 400 komen. -Manjungfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.