Berita

Pulau Pinang dedikasi kejuaraan buat penyokong

1 min read

Itu antara reaksi jurulatih skuad Harimau Kumbang, Manzoor Azwira Abdul Wahid selepas membawa pasukannya itu menjuarai Liga Perdana buat kali pertama susulan kemenangan 4-0 ke atas Kelantan United pada aksi di Stadium Bandaraya, kelmarin.

Pulau Pinang jelas unggul dengan 26 mata, lima mata mengatasi pencabar terdekatnya, Kuala Lumpur dan mereka turut berpeluang menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang kekalahan sekiranya berjaya mengelak kekalahan ketika bertemu Terengganu FC II (TFCII), minggu depan.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan, kerajaan negeri dan tidak lupa juga kepada penyokong Pulau Pinang yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.

“Walaupun mereka tidak dapat masuk ke dalam stadium namun mereka tetap berada di luar untuk memberi semangat. Jadi inilah hadiah yang istimewa yang mahu kami berikan kepada penyokong Pulau Pinang.

“Syukur dengan kejayaan ini di mana sasaran kita adalah untuk layak ke Liga Super sudah tercapai. Jadi kejuaraan ini adalah satu pencapaian yang luar biasa dan ini adalah berkat usaha keras kita sepanjang musim ini,” katanya.

Dalam masa sama, Manzoor menegaskan kejayaan yang diraih musim ini berjaya diraih hasil kekuatan berpasukan yang ditunjukkan setiap pemain di mana semua pemain sentiasa meningkat daripada perlawanan ke perlawanan.

“Kita ada pemain import yang cukup hebat tetapi kekuatan sebenar adalah semangat berpasukan. Kita menunjukkan bahawa walaupun kita ketinggalan tetapi kita masih boleh bangkit.

“Setiap pemain ada peningkatan masing masing dan sebagai satu pasukan yang baik, kita perlu sentiasa positif dan mahu meningkat pada setiap masa,” katanya.

sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/10/738206/pulau-pinang-dedikasi-kejuaraan-buat-penyokong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. Manjungfm.com | Newsphere by AF themes.