Rezeki si monyet Teluk Batik
1 min readTELUK BATIK, 2 Julai 2021 – Monyet-monyet liar dan kucing terbiar yang berkeliaran kelaparan di Pantai Teluk Batik hari ini menerima kunjungan tetamu istimewa.
Prihatin dengan nasib haiwan-haiwan di Teluk Batik, seorang peniaga cenderahati Teluk Batik Mohd Nor Safarin membawa bekalan makanan haiwan hasil sumbangan warga Manjung untuk diberikan kepada monyet-monyet liar dan kucing-kucing terbiar di kawasan itu.
Mohd Nor Safarin atau mesra dipanggil Dj Parin sering dicari oleh pecinta haiwan sekitar daerah Manjung bagi memberi makan haiwan-haiwan terbiar kelaparan kerana tiada pengunjung di Pantai Teluk Batik akibat penutupan sektor pelancongan akibat peningkatan kes Covid 19 yang mendadak.
Haiwan-haiwan terbiar ini banyak yang mati dan ada yang terlalu kurus akibat ketiadaan sumber makanan.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyampaikan sumbangan bagi membantu haiwan-haiwan di sekitar Teluk Batik dan Lumut boleh menghubungi akaun facebook Mohd Nor Safarin.
Kredit : facebook Mohd Nor Safarin