Tolak darurat – Peruntukan Perlembagaan tidak diguna sewenang-wenangnya.
1 min readJohor Bahru – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.
Seri Paduka Baginda berkata, kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan untuk membendung penularan Covid-19.
“Keputusan Istana Negara bahawa tiada keperluan mengisytiharkan darurat secara tidak langsung memberi makna yang selayaknya kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan supaya ia tidak digunakan sewenang-wenangnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam.
Ekoran penolakan cadangan mengisytiharkan darurat ditolak oleh baginda, semua pihak diminta mengambil pengajaran yang mematangkan.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu juga memaparkan keyakinan Seri Paduka Baginda terhadap keupayaan sistem kesihatan Malaysia dan kemampuan penjawat awam serta rakyat mengatasi pandemik koronavirus (Covid-19).
Bekas Menteri Besar Johor itu turut berkata kebijaksanaan Seri Paduka Baginda membuat keputusan itu meyakinkan bahawa Institusi Raja sentiasa mengutamakan denyut nadi rakyat, meraikan demokrasi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,
“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu melakukan perkara yang sangat bijaksana dengan tidak mengisytiharkan perintah darurat seperti dicadangkan kerajaan. Seri Paduka Baginda dan Raja-raja Melayu mengambil kira kepentingan rakyat dengan sebenar-benarnya – Sinar Harian
5